22 April 2014

Kebolehan...

'Jadilah seorang yang berkebolehan kejayaan pasti mengajar mu'

23 March 2014

Hala Tuju Pendidikan

Di awal kemerdekaan matlamat pendidikan kita adalah untuk membasmi buta huruf di era 70an matlamat pendidikan untuk mengimbangi ekonomi di antara bumiputra dan bukan bumiputera di era 80an matlamat pendidikan adalah untuk mendemokrasikan pendidikan di era 90an matlamat pendidikan adalah celik IT dan skrg matlamat pendidikan adalah pendidikan bertaraf dunia.. Persoalannya sekarang adakah disetiap era matlamat tersebut tercapai?

15 December 2013

Siapa Usahawan?

Bila membicarakan tentang usahawan terbayang bermacam-macam gambaran dalam fikiran kita..
Ada gambaran yang positif ada yang negitif..
Tetapi siapa usahawan?
Apa dia keusahawanan?
Kenapa usahawan gagal?
Kenapa usahawan..........
Tafsiran yang mudah iaitu "usahawan adalah individu yang melakukan sesuatu perusahaan untuk meraih keuntungan dengan menempuh berbagai halangan serta sanggup menanggung risiko.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang individu haruslah memiliki ilmu yang dipanggil keusahawanan...

21 July 2013

P (proses) h (hidup) D(doktor)

PhD - Proses hidup Doktor

PhD hanya permulaan untuk kesibukan seorang yang bergelar Doktor Falsafah. Kesibukan mencari ilmu baru, kesibukan menguji ilmu lama, kesibukan mengurus family. Kesibukan memenuhi berbagai undangan dan seribu macam kesibukan dunia...

PhD Progress

Alhamdulillah proses untuk menyiapkan bab 1 hingga 3 penyelidikan PhD berjalan lancar.. Sedang menyiapkan untuk proses yang berikutnya iaitu pengesahan pakar, kajian rintis dan mengumpul data di lapangan...Semoga semua urusan dipermudahkan Allah S.W.T

07 November 2012

PhD oh PhD....Permanent Head Damage

PhD gali dan terus mengali, cungkil dan terus mencungkil untuk mencari ilmu baru hu3....

14 September 2012

Inovasi

Inovasi dari sudut sosiologi adalah " is anything new to culture". Kita menjalani kehidupan berdasarkan budaya, oleh itu sebenarnya tanpa kita sedari kita adalah inovator yang sentiasa melakukan penambah baikan, pembaharuan dalam kehidupan seharian namun ada kalanya kita tersilap melakukan inovasi kerana hanya meniru apa yang kita lihat tanpa mengetahui kenapa dan mengapa kita mesti meniru? Fikir-fikirkan lah....